Tips Pengantin : Hias Kereta Pengantin Dengan Bahan ‘Low-Cost’ Ini

Spread the love

Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah & menepati citarasa. Pelbagai perkara yang perlu difikirkan dalam merancang majlis perkahwinan agar semuanya berjalan seperti yang diinginkan.


Selain daripada menu makanan katering, pelamin, baju persandingan, dan sebagainya, kereta pengantin juga merupakan antara salah satu elemen yang dipertimbangkan untuk mengindahkan lagi perjalanan majlis perkahwinan tersebut.

 

Kereta tiada hiasan khas perkahwinan. Ada juga yang tidak mengendahkannya kerana ia merupakan satu perhiasan yang merumitkan.


Jangan risau wahai pengantin sekalian. Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda cara-cara yang mudah untuk menghias kereta pengantin. Jom kita lihat!
Bersedia | Platform Insurans Kereta


Bahan yang diperlukan adalah:-


– Kain net berukuran 7-8 meter (2 warna)
– Reben
– Polisterin bulat
– Bunga
– Gam tembak atau stik
– Gunting

 

Cara-caranya:-

 

Langkah 1: Potong kain net jarak dari hadapan ke side mirror kereta anda. Buat untuk 2 bahagian (kiri & kanan). Potong secara memanjang, dan pastikan potong dengan ukuran yang sama untuk kedua-dua warna.

Langkah 2: Bunjutkan hujung net dan ikatkannya dengan reben. Ulang kaedah yang sama pada bahagian yang kedua.

Langkah 3: Cantumkan kedua-dua bahagian yang telah dibunjutkan tadi.

Langkah 4: Letakkan bunjut tersebut pada bahagian hadapan kereta dan laraskan pada bahagian kiri & kanan.

Langkah 5: Ikat bahagian yang dibunjut tadi di bahagian logo kereta menggunakan reben.

Langkah 6: Kemaskan kain net di bahagian cermin sisi meggunakan reben dan potong bahagian kain yang berlebihan.

 

Langkah 7: Ianya akan kelihatan kemas seperti di dalam gambar.

Langkah 8: Potong kain net yang belum digunakan lagi dengan ukuran sepanjang 2-3 jengkal sahaja.

Langkah 9: Bunjutkan pada bahagian tengah dan terus ikatkannya dengan reben.

Langkah 10: Ikatkannya pada bahagian tengah reben yang dibunjutkan tadi.

Langkah 11: Untuk perhiasan bunga, ambil polisterin bulat dan tebuk lubang di tengahtengahnya untuk dimasukkan bunga.

Langkah 12: Ambil bunga dan cucukkan pada polisetrin. Anda dinasihatkan untuk menggunakan gam tembak agar lekatan bunga pada polisterin tersebut tidak akan tercabut ketika ditiup angin. Seterunya, ikat reben yang terdapat pada polisterin itu bersama dengan ikatan permulaan tadi.

 

Langkah 13: Untuk lebih tampak kemas, anda bolehlah menambah reben pada ‘side mirror’ dan juga pemegang pintu.


Okay, dah siap! Mudah sahaja, kan? Boleh buat bersama-sama ahli keluarga. Cubalah nanti,
okay?

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/hias-kereta-pengantin-dengan-bahan-low-cost-ini/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *