Tips Pengantin : Menabung Sendiri Tanpa Harapkan Duit Pasangan, Ini Cara ‘Halus’ Wanita Bahagia Pada Masa Depan

Spread the love

Memang sesungguhnya tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Tapi sebagai seorang wanita dan isteri, kita tentu sedia maklum bagaimana pendapatan si suami setiap bulan. Faham sungguh susah senang dan penat lelahnya mencari rezeki. Kalau dah tahu pendapatan tak mencukupi tak payah lah meminta-minta, kan.

 

Sebagai isteri penyejuk mata suami tidak kira suri rumah mahupun yang punya kerjaya, kita perlu bijak merencana demi masa depan bersama. Salah satu amalan paling ‘menjadi’ adalah dengan menabung. Duit memang bukan segala-galanya, tapi kalau tak ada duit pun payah, nak pula kita suka shopping atau berimpian menunaikan haji. Jadi macam mana agaknya isteri boleh buat simpanan sendiri?

 

1.Berniaga online

Salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga adalah dengan berniaga. Dalam zaman Internet For All ni, kita mampu berniaga dari rumah dan sebahagiannya tak perlukan modal pun.

Alternatifnya berniaga secara online mengikut keselesaan masing-masing. Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada keluarga atau tugas hakiki di pejabat buat mereka yang kerja makan gaji.

 


2.Jadi agen personal shopper

Cari pendapatan sampingan cara ini menarik juga. Sejuk mata tengok barangan berjenama mewah di rumah sendiri. Biasanya personal shopper yang berpengkalan di luar negara akan mencari agen yang boleh dipercayai di tanah air. Kriteria paling utama untuk menggalas tugas ini kebiasaannya adalah suri rumah tangga. Ini kerana pembeli lebih selesa ambil barang ikut masa mereka.

 


3.Main kutu

Ini mungkin cara tradisional untuk menyimpan duit tapi masih praktikal hingga sekarang. Wujud macam-macam jenis kutu, ada yang kutu pinggan mangkuk, kutu melancong, kutu minyak aromaterapi dan macam-macam lagi jenis kutu. Daripada mengumpul duit RM10 sebulan sehingga ada kumpulan yang mengumpul RM10 ribu sebulan.

 


4.Simpan 10 peratus gaji dalam tabung kecemasan

Nasihat ini sering kita dengar daripada Pakar Perunding Kewangan. Simpan 10 peratus wang yang kita peroleh setiap bulan untuk masa depan yang tak terjangka. Tapi nak menyimpan 10 peratus duit ini hati kena kuat dan disiplin. Sebab simpanan ini langsung tak boleh disentuh kecuali benar-benar dalam kecemasan. Tak boleh wujud istilah ‘tabung bocor’.

 


5.Simpan duit syiling ketika membasuh baju

Kebiasaannya suami tak suka simpan duit syiling dalam dompet mereka. Lepas membayar, mereka suka simpan duit syiling dalam poket. Jadi sebelum basuh baju memang kena periksa poket suami yang mesti ada duit syiling dalamnya dan simpan dalam tabung khas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit duit simpanan isteri.

 

Sekarang duit simpanan dah ada dalam tangan, kalau tak simpan cepat jer habisnya. Tak tahu nak simpan kat mana? Jangan takut boleh simpan di tempat yang paling selamat dan kurang kebarangkalian kita boleh keluar tanpa sedar.


Tahukah anda, ada ruang untuk kita membuat simpanan secara sukarela dalam akaun KWSP? Ruparupanya, setiap isteri boleh mencarum sejumlah wang mengikut kemampuannya. Walaupun mengikut Akta KWSP 1991, gaji setiap pekerja dicarumkan ke dalam KWSP setiap bulan, simpanan secara sukarela ini merupakan caruman tambahan. Tak perlu susah hati kat mana nak menyimpan duit dengan selamat lagi! Caruman ini boleh dilakukan melalui perbankan internet, tunai, draf bank atau cek.


Satu lagi kemudahan mencarum yang mesti direbut adalah insentif i-Suri untuk golongan suri rumah.


Yang ini kita boleh mencarum sendiri atau suami carumkan untuk isteri. Selain dapat dividen tahunan KWSP, caruman juga boleh dibuat pada bila-bila masa, tak kira apa-apa amaun ikut kemampuan sendiri.

 

Syarat-syarat kelayakan i-Suri ialah anda mestilah warganegara Malaysia yang belum mencapai usia 60 tahun, suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2018 serta mencarum sekurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun dalam akaun KWSP.


Maklumat lanjut layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri) Cara menabung macam ni mampu menjamin masa depan kita yang lebih tenang dan bahagia, tanpa harapkan duit suami atau anak-anak bila dah berusia nanti!

 

 

 

SUMBER : https://www.nona.my/menabung-sendiri-tanpa-harapkan-duit-pasangan-ini-cara-halus-wanita-bahagia-pada-masa-depan/?fbclid=IwAR2b6c3BKpaDVH9ht6pd_pNmlc-5beMPiTVqreL3PG07WrwDgZY4i9O9WEs

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *