Tips Pengantin : Percayalah, Orang Yang Diuji Ini Adalah Kerana Dia ‘Special’

Spread the love

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.


Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.


Sangat menyayangimu. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.


Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.


Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.


Maka, muhasabahlah.

 

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.


Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.” – Al-Mulk: 1-2


Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu. Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.


Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.


Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.


PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya.


Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah. Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.


Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita


Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah. Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka.


Kredit: Tangkap Pictures
Cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.
Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.
Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/percayalah-orang-yang-diuji-ini-adalah-kerana-dia-special/?fbclid=IwAR2LSic9gb3vWAOAHcMN9_wQyAYDdLQDnSiVs5dF5mdbntLlIuUYqcD9i7Q

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *