Tips Pengantin : Nak Buat isteri Bahagia Bukan Cuma Hulur Duit. Mereka Perlukan Suami Yang Membantu & Menyayangi

Spread the love

Tidak dinafikan mana-mana isteri pastinya tersenyum lebar jika pasangan tidak lokek
berbelanja dan tidak berkira wang ringgit dengan mereka. Namun, dalam hubungan kekeluargaan wang ringgit sahaja tidak mampu menjadi penjamin atau kayu ukur kebahagiaan antara pasangan.


Pesanan ikhlas dari lelaki ini diharap dapat membuka mata semua para suami di luar sana.


Nak buat isteri bahagia? Jadilah suami yang memahami menolong dan menyayangi.

 

JANGAN BAGI TAU ORANG LAIN…..

 

Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.


Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.


Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.

Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.


Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.


Kalah layanan hotel 5 bintang!


Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit.


Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.


Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!


Taufiq Razif
Masih belajar untuk mencintai
Kredit : Facebook Taufiq Razif

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/nak-buat-isteri-bahagia-bukan-cuma-hulur-duit-mereka-perlukan-suami-yang-membantu-menyayangi/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *