Tips Pengantin : “Kalau Isteri Bahagia Insyaallah Satu Keluarga Akan Bahagia.” Maka Cintailah Isteri Setiap Hari

Spread the love

Jangan terpengaruh dengan kata-kata kebanyakan orang yang mengatakan isteri tanggungjawabnya menguruskan rumah, jaga anak-anak dan suami hanya berikan nafkah saja. Alasan seperti itu sudah lapuk dan tak boleh digunapakai. Tiada gunanya berkahwin jika suami menganggap isteri sebagai ‘orang gaji’ di rumah sendiri.


Tidak banyak yang isteri minta, cukuplah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab dan selalu membahagiakan rumahtangganya. Sejuk hati isteri jika suami bersama-sama menggalas tanggungjawab di rumah dan menjaga atau mendidik anak-anak.


Lelaki ini kongsi, kalau isteri bahagia, inshaAllah satu keluarga akan bahagia.


Sungguh saya nak kongsi kepada para suami. Nak jadi suami yang sentiasa jatuh cinta terhadap isteri,suami penyabar,suami tenang selalulah masak untuk isteri dan anak anak.

 

Dan paling penting setiap kali masak isteri yang tukang rasa,pasti akan dapat pujian yang oh bestnya isteri puji masakan kita.


Dah siap hidangkan untuk mereka suapkan makanan pertama yang paling sedap kepada isteri dan anak anak.


Sayangi dan cintailah isteri setiap hari,selalu ucap terima kasih kepada isteri kerana beri layanan yang baik kepada kita,sentiasa jaga segalanya untuk kita. Isteri bahagia insyaallah satu keluarga akan bahagia. Satu keluarga akan dapat rahmat Allah.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/kalau-isteri-bahagia-insyaallah-satu-keluarga-akan-bahagia-maka-cintailah-isteri-setiap-hari/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *