Tips Pengantin : Pasangan Kita, Hanya Kita Je Yang Tahu Baiknya. Bahagia Itu Kita Yang Rasa

Spread the love

Buruk baik pasangan kita, yang orang tak nampak, biarlah kita saja yang tahu. Walaupun dia tidak boleh membahagiakan kita dari segi wang ringgit, tapi mungkin dia membahagiakan kita dengan cara lain. Lelaki ini kongsi, kenapa pasangan kita hanya kita je yang tahu baiknya.


Pasangan kita, hanya kita yang tahu kebaikannya. Bahagia itu kita yang rasa. Orang lain bahagianya berlainan. Tidak semestinya sama dengan kita.


Jika pasangan lain bahagia dengan kejayaan yang hebat, mungkin bahagia kita cukup dengan adanya suami atau isteri di sisi.

Jika pasangan lain bahagianya dengan rezeki yang melimpah, mungkin bahagia kita cukup sekadar kesihatan yang baik.


Raikan kebahagiaan orang lain. Bergembiralah untuk mereka dan bergembiralah untuk kita. Apa yang mereka tempuhi mungkin lebih hebatdari kita.

 

JIKA KITA SELALU MENDONGAK KE ATAS, LEHER KITA PASTI AKAN SAKIT. SEKALI SEKALA, TUNDUKLAH KE BAWAH. BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA PUNYAI. BETAPA RAMAINYA LAGI YANG TIDAK ADA APA YANG KITA ADA SEKARANG. BETAPA RAMAINYA LAGI YANG MENDAMBAKAN KENIKMATAN YANG KITA RASA.

 

Jika terlihat sesuatu yang indah, jadikan ianya satu matlamat yang diusahakan bersama denganharmoni. Jangan diban ding-bandingkan dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya setiap rezeki itu ada alamatnya.


Mengagumilah dan bukannya mendengki. Berusahalah dan bukannya mengeluh. Peganglah erat tangan kesayanganmu dan pimpinlah dia dan bukannya mencengkam dan menolak kerana dia tidak seperti yang kamu impikan. Coraklah ia supaya ianya indah dan bukannya conteng ia kerana ianya tidak menarik.

Kebahagiaan itu milik kita. Nikmati ia selagi ia ada.

Kongsikan nukilan ini buat yang tersayang.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/pasangan-kita-hanya-kita-je-yang-tahu-baiknya-bahagia-itu-kita-yang-rasa/?fbclid=IwAR0xNNV3KdNw8FoHLDB18ratcckbkIrcciJ6DivZKJ_cOBiq-CeT4drkSgU

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *