Tips Pengantin : Perempuan Yang Rugi Adalah Perempuan Yang Tersalah Pilih Suami

Spread the love

“Bakal suami saya belum kerja, dia minta saya buat pinjaman dengan bank untuk duit hantaran dan mas kahwin kami nikah nanti.. Sah tak nikah kami nanti?”

Hakikatnya, bakal2 isteri yg bersedia untuk berkongsi wang hantaran dan mas kahwin tega juga membuat pinjaman demi menolong bakal suami melangsaikan wang hantaran dan mas kahwin serta bakal suami yang bersikap angguk-angguk tanpa geleng dengan setiap kehendak bakal isteri, kalian semua sebenarnya sedang menggali lubang kubur sendiri.. Tak percaya?

Fikirkan! Perkahwinan bukan hanya lambang kesatuan cinta lelaki dan wanita sebaliknya merupakan satu amanah dan tanggungjawab… Dalam perkahwinan, suami dan isteri masing2 mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri yang menjadi hak juga kepada diri suami dan isteri itu juga…

Berkaitan mas kahwin, Islam sudah menetapkan agar bakal suami wajib membayar mas kahwin sebagai simbolik kepada pengorbanan seorang wanita yang sanggup mengabdikan dirinya kepada suami…

Bayangkanlah, seorang wanita dan seorang lelaki ajnabi diharamkan bersentuhan tapi dengan hanya satu akad yang sah dan mas kahwin yang tertentu, hubungan antara mereka halal segala-galanya… Htta ditetapkan juga jika mas kahwin adalah hutang maka isteri berhak untuk tidak melayani kehendak seksual suami hinggalah mas kahwin tersebut dilangsaikan…

 

Ibnu Abbas menceritakan, “Ketika Saidina Ali menikahi Fatimah dan bersedia untuk bersetubuh, lantasn Rasulullah menegahnya sebelum dijelaskan mas kahwin (dengan diberikan sesuatu). Saidina Ali memberitahu dia tak mempunyai apa2 yg boleh diserahkan…

Lantas, Rasulullah bersabda, “Berikan baju perangmu itu.” Setelah Saidina Ali menyerahkannya kepada Fatimah, baru dibenarkan kedua2nya sebagaimana lazim suami isteri.. -Riwayat Abu Daud..

Hakikatnya, mas kahwin adalah simbol permulaan tanggungjawab seorang suami kepada isteri… Kemudian, menyusul tanggungjawab yang lebih berat , terpaksa dipikul oleh suami… Kalau mas kahwin dan hantaran (tak wajib tapi harus disediakan sebagai satu hadiah), bakal isteri sudan tolong ringankan bebanan, apa jaminan suami anda itu nanti akan laksanakan tanggungjawabnya yang wajib sebagai seorang suami? Hantaran tinggi? Kenapa perlu letak tinggi kalau sudah tahu bakal suami tak mampu? Kehendak keluarga? Berbincanglah elok2…

 

Perkahwinan bukan sehari tetapi diharapkan agar kekal hingga akhir hayat… Kalau belum kahwin sudah menggali lubang, kebarangkalian untuk terus menggali lubang dan lubang adalah besar…

Seperti kata saya di awal tadi, anda menggali lubang kubur anda sendiri… Suami mudah untuk pulangkan paku buah keras… “Eh! Dulu masa nak kahwin, boleh jew tolong bayar hantaran dan mas kahwin… Takkan nafkah nak berkira pulak?” Percayalah!

Anda pasti akan mendengar soalan itu.. Paling penting bukan masalah berkira, sebaliknya soal tanggungjawab… Kalau ada suami tapi makan minum sendiri, rumah bayar kongsi macam tinggal bujang, apa fungsi suami? Sedekahkan sperma??


Bakal suami juga, jangan terlalu ikutkan kehendak bakal isteri…. Anda sebagai bakal ketua keluarga, perlu bertegas dengan bakal isteri… Kalau sejak mula anda mengikut sahaja tanpa bantahan, payahlah untuk anda nanti… Isteri pasti mempertikaikan kenapa anda berubah?


Sudah mula berani melawan cakap suami yang boleh ditundukkan … Ataupun, si isteri mula menggoda agar anda kekal kalah dengan pujukannya sebab dia tahu, anda mudah dirayu…


Tolonglah!! Jangan musnahkan kebahagiaan masa depan mahligai perkahwinan anda
sebelum anda melangkah ke pintunya…

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/perempuan-yang-rugi-adalah-perempuan-yang-tersalah-pilih-suami/?fbclid=IwAR3ghBdUQpSrksF4ek0VYPaEmaDrYAo-ZFeqsCacOQe-9RaZGzQQxbpyvds

Post navigation