Tips Pengantin : Jangan Tinggalkan Seseorang Yang Setia Dari Awal Hanya Demi Mencari Yang Sempurna

Spread the love

Memiliki pasangan yang menemai anda dari awal perjalanan anda sehingga ke hari ini adalah impian ramai orang, kerana orang yang setia menemani anda dari awal sangat susah untuk dijumpai. Kebanyakan orang hanya akan hadir bila kita sudah ada segalanya yang ingin dicapai.

Namun sayangnya, ada beberapa individu memilih meninggalkan orang yang telah setia menemani dirinya dari awal berjuang demi seseorang yang lebih menarik pandangannya. Hal tersebut jelasnya adalah satu kebodohan, kerana meninggalkan seseorang yang telah lama kita kenal dengan kesetian dan berpaling pada orang yang selok-beloknya belum kita ketahui hanya kerana rupa paras atau harta.

Kesetiaan sangatlah mahal, apatah lagi disertai dengan sikap menerima apa adanya, kesetian pun akan tak ternilai harganya. Wajah yang rupawan belum tentu memiliki kesetian, tapi orang yang mendekati kesempurnaan ialah dia yang akan menemani anda dari awal.

Orang ini yang faham keadaan anda dan selalu ada sejak awal perkenalan anda
dengannya. Jadi, untuk apa anda meninggalkan orang yang menemani anda sejak awal demi mencari yang lebih sempurna?

Ingatlah bahawa tidak semua orang sempurna, jangan hanya pandang seseorang hanya kerana paras rupa atau harta. Ia tidak menjamin kebahagiaan melainkan hati yang ikhlas. Semoga anda berjumpa dengan orang yang betul dan boleh membahagiakan anda!

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/jangan-tinggalkan-seseorang-yang-setia-dari-awal-hanya-demi-mencari-yang-sempurna/?fbclid=IwAR2kWsnSV-YpPiPjYObwZx3IjLGHuhBQDGIedw-F7Jz_IEIhjW-xN_aWGfQ 

Post navigation