Tips Pengantin : Amalkan Cara Ini Untuk Elak Pasangan Beralih Arah & Cari Cinta Lain

Spread the love

Dalam hidup berumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Semua perkara ini membuatkan kita lebih belajar tentang sifat dan perangai pasangan serta mendidik kita tentang cara menghadapi setiap ketidaksefahaman.


Antara yang paling ditakuti oleh setiap pasangan, adalah apabila cinta sudah mula beralih arah dan semakin pudar. Amat penting untuk setiap pasangan mengetahui cara mengekalkan rasa cinta dan kasih agar terus mekar walaupun telah lama berumah tangga.


Jadi, bagaimana caranya untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan? Kami kongsikan cara-cara ini untuk anda.

 

 


1. Letakkan pasangan sebagai nombor SATU
Apapun terjadi, dahulukan pasangan anda.Kalau boleh jangan ada rahsia di antara anda berdua. Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?

Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda
melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?

 

2. Buat pasangan rasa dihargai
Biarpun sudah lama berkahwin atau melebihi 10 tahun, anda masih perlu menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan antara satu sama lain.

Kasih sejati tidak mementingkan diri kerana seseorang yang benar-benar mengasihi pasangannya akan berusaha membuat pasangan gembira dan berasa dihargai. Ingatlah degan sebaik mungkin kerana percaya atau tidak, mereka jugalah antara pengubat segala kekusutan anda.

 


3. Jangan simpan perasaan dalam hati
Lumrah manusia adakalanya memendam perasaan apabila bertengkar atau tidak sefahaman antara pasangan.

Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.

Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Akhirnya, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.

 


4. Jangan perkecilkan pasangan
Jangan sesekali memperkecilkan pasangan terutama di hadapan anak-anak atau orang lain.

Perlu ingat, setiap manusia ada maruah perlu dijaga dan perlu dihormati.

Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.

 


5. Buat pasangan rasa disayangi dan dirindui selalu
Pernah tak anda rasa rindu sangat pada suami atau isteri walaupun sebenarnya mereka hanya keluar pergi bekerja sahaja. Jadi perasaan sebegitu perlu dikekalkan.

Rasa sayang dan rindu tidak semestinya dengan hadiah atau kebendaan. Cukup dengan ucapan rindu dan sayang yang mampu menunjukkan betapa anda menyayangi pasangan.

 


6. Banyakkan berdoa untuk pasangan
Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.

Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka
berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/amalkan-cara-ini-untuk-elak-pasangan-beralih-arah-cari-cinta-lain/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *